PRK Merlimau-Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional

JASIN 23 Feb. - Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd., Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.
Pemilihan Roslan, 44, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau di sini hari ini. - Utusan

DUN Sarawak tidak akan dibubarkan minggu ini - Taib

KOTA SAMARAHAN 15 Feb. - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat Julai ini.
DUN Sarawak tidak akan dibubarkan minggu ini - Taib

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Februari sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu. - Bernama

PKR Wajib Sedar Diri


Teman melihat isu pembahagian kerusi ini wajar dilihat secara serius dan hati yang terbuka oleh pemimpin-pemimpin PR terutamanya Parti keadilan Rakyat (PKR).

Kes ahli-ahli Parlimen dan ADUN PKR yang telah mengkhianati amanah rakyat sewajarnya dijadikan panduan yang paling utama apabila perbincangan pembahagian kerusi diadakan nanti baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Teman sendiri selaku pengundi dalam Dun Behrang, sangat-sangat kecewa dan 'luka hati' apabila undi teman dikhianati oleh ADUN Behrang daripada PKR malahan turut mengalirkan airmata dengan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak diatas pengkhianatan Adun-Adun PKR dan DAP ini.

Sangat tidak logik apabila PKR masih lagi berkeras mahu calon mereka bertanding di kerusi Dun dan Parlimen yang dikhianati oleh wakil rakyat mereka sendiri!. Teman masih boleh menerima permohonan maaf daripada DS Anwar Ibrahim atas pengkhianatan anak buahnya dan pengakuan salah pilih calon oleh beliau tetapi semuanya itu haruslah disusuli dengan keterbukaan menerima hakikat bahawa kerusi-kerusi lompat tersebut WAJIB diserahkan kepada calon-calon daripada parti-parti lain terutamanya kepada PAS yang selalunya menjadi jentera utama baik dari segi pilihanraya mahupun aktiviti masyarakat.

Seluruh kepimpinan dan penyokong PKR di kawasan yang berlakunya pengkhianatan ini seharusnya berlapang dada dan menerima keputusan untuk tidak dicalonkan wakil mereka sebagai calon pilihanraya mewakili PR atas sebab-sebab ini. Jika penyokong kuat PKR sendiri susah menerima hakikat pengkhianatan Wakil Rakyat PKR, inikan pula golongan atas pagar? Jauh sekali pengundi-pengundi daripada UMNO dan BN!

Kesimpulannya, ahli-ahli PKR dan kepimpinannya wajar memberikan peluang kepada parti-parti lain mewakili PR di kerusi Dun dan Parlimen yang telah dikhianati oleh wakil PKR ini. Sememangnya agak pahit untuk ditelah tetapi inilah hakikat yang perlu dihadami oleh semua. Bukanlah mudah sebenarnya bagi ahli-ahli PAS menghadapi kepahitan pengkhianatan wakil-wakil rakyat PKR dan DAP tetapi sesungguhnya sangat menyedari lagi pahit pengkhianatan ini pada ahli-ahli PKR dan DAP sendiri! || budakbalun

AIDC TELANJANGKAN ANWAR LAGI

AIDC TELANJANGKAN ANWAR LAGI


apa lagi aku nak cakap pasal blog AIDC ?

kalau kawan2 nak tahu, AIDC lahirnya sama dengan kelahiran blog GAP. sampai ke hari ini dorang ni konsisten menelanjangin anwarin.

bab telanjang dan menelanjang anwar ni, AIDC memang pakar.

semalam dalam research terbarunya, AIDC dedahkan anwar boleh lari daripada dikenakan hukuman penjara atas tuduhan liwat.

aku baca point yang anwar kemukakan.

kata anwar depan yahudi amerika, mesir merupakan satu cahaya demokrasi baru untuk umat islam.

umat islam dahagakan kebebasan kata anwar .

kebebasan ? anwar buat lawak gila babi la bro.

anwar dulu pernah kata rakyat iraq perlukan sistem demokrasi yang lebih adil. akhirnya saddam ditumbangkan.

sekarang apa jadi pada rakyat iraq ? tiap2 hari mati kena bom.

inikah suara kebebasan yang anwar mahukan. anwar ni memang dajal lahanat punya musibat.

detail mengenai keinginan kebebasan dalam terma juara peliwat ini anda boleh baca di AIDC. KLIK SINI.

MB Khalid salahguna dana negeri untuk kepentingan politik!!?

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan keputusan membiayai kos guaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mengundang kemarahan rakyat negeri Selangor. Ia merupakan rentetan kepada kemarahan rakyat apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Mengambil pendekatan media baru iaitu laman blog ADUN Sri Muda, Shuhaimi terjerat apabila beliau terlajak menyusun hujahnya sehingga terpacul perkataan yang dianggap menghina Selangor Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kira-kira 20 laporan polis dibuat ke atas Shuhaimi kerana kenyataan beliau tersebut. Jumlah laporan polis sudah cukup untuk mengukur betapa besarnya skala kemarahan rakyat. Banyak pihak tersinggung dan marah dengan kenyataan itu.

Apa yang dipertikaikan di sini ialah bagaimana sikap Abdul Khalid yang sekali lagi bertindak atas dasar politik dalam menangani isu berkaitan pelantikan SUK.

Abdul Khalid tidak mempunyai justifikasi yang kukuh untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai kos perundangan ke atas Shuhaimi yang menghadapi pertuduhan menghasut.

Dalam pertuduhan itu, kerajaan negeri langsung tidak terlibat melainkan ia atas dasar peribadi Shuhaimi. Kerana lidahnya yang tidak bertulang itu, rakyat Selangor yang terpaksa menanggung beban.

Bayangkan sebanyak enam peguam dilantik bagi membuat pembelaan ke atas kes Shuhaimi dan semuanya akan ditanggung melalui dana kerajaan negeri.

Abdul Khalid menyatakan ia atas dasar kerajaan negeri mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ dan kerana Shuhaimi menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Soalnya adakah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung sultan itu peranan seorang wakil rakyat?

Adakah selepas ini sekiranya anggota PKR menghadapi pendakwaan di mahkamah atas dasar memperjuangkan dasar kerajaan negeri juga akan diberikan pembelaan sama?

Kata Menteri Besar, kerajaan negeri tidak mahu membiarkan Shuhaimi keseorangan. Tetapi mengapa sampai mahu menggunakan kantung negeri?

Mengapa tidak gunakan sahaja dana parti sendiri. Ini kerana cukuplah sebelum ini banyak dana negeri terpaksa digunakan tanpa rakyat mendapat manfaat.

Pertamanya, perbelanjaan sidang Dewan Undangan Rakyat (DUN) pada 24 Januari lalu yang disifatkan sebagai membuang masa dan membazir wang rakyat. Ini kerana pakatan pembangkang hanya menjadikan sidang itu sebagai platform membelasah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO dan medan tuduh menuduh siapa sebenarnya penderhaka raja.

Selain itu, dana negeri juga digunakan bagi pelantikan dua pakar undang-undang yang meneliti draf pindaan perlembagaan negeri. Kita bayangkan draf itu membabitkan perubahan besar, sebaliknya ia cuma mengembalikan perenggan yang sama sebelum pindaan 1993. Jadi, mengapa tidak gunakan saja pegawai undang-undang negeri?

Jika pentadbiran kerajaan PKR asyik menggunakan dana negeri untuk kepentingan politik, kita bakal menerima padah apabila kebajikan rakyat terpinggir. Masalahnya, adakah kewangan kerajaan negeri memberangsangkan sehinggakan banyak perbelanjaan bersifat politik boleh disalur sesuka hati.

Apakah punca pendapatan negeri sudah terlalu tinggi dan negeri melimpah ruah dengan wang. Abdul Khalid dilihat hanya sekadar boleh berkokok tentang hasil perlombongan pasir. Sedangkan seperti dalam sektor pelancongan, Selangor yang mempunyai kadar kemasukan pelancong paling tinggi gagal meraih pendapatan memberangsangkan.

Kalau dilihat peruntukan bagi membantu rakyat miskin, pesawah dan pendidikan, ia tidaklah menunjukkan jumlah yang begitu menakjubkan. Peruntukan Kerajaan Pusat lebih jauh besar nisbahnya.

Paling mengejutkan, kantung zakat Selangor bagaikan diperah habis-habisan untuk pembangunan negeri. Kita masih tidak lupa kata-kata Menteri Besar yang ingin menggunakan dana Baitulmal bagi pembangunan negeri. Itulah yang terjadi sekarang.

Kita khuatir orang politik PKR hanya menggunakan Menteri Besar untuk mengaut segala dana negeri untuk kepentingan politik Anwar dan konco-konconya.

Oleh : Helmi Mohd. Foad || Suara Politik || Taminsari