Archive for 02/01/2011 - 03/01/2011

PRK Merlimau-Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional

JASIN 23 Feb. - Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd., Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.
Pemilihan Roslan, 44, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau di sini hari ini. - Utusan

DUN Sarawak tidak akan dibubarkan minggu ini - Taib

KOTA SAMARAHAN 15 Feb. - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat Julai ini.
DUN Sarawak tidak akan dibubarkan minggu ini - Taib

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Februari sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu. - Bernama

PKR Wajib Sedar Diri


Teman melihat isu pembahagian kerusi ini wajar dilihat secara serius dan hati yang terbuka oleh pemimpin-pemimpin PR terutamanya Parti keadilan Rakyat (PKR).

Kes ahli-ahli Parlimen dan ADUN PKR yang telah mengkhianati amanah rakyat sewajarnya dijadikan panduan yang paling utama apabila perbincangan pembahagian kerusi diadakan nanti baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Teman sendiri selaku pengundi dalam Dun Behrang, sangat-sangat kecewa dan 'luka hati' apabila undi teman dikhianati oleh ADUN Behrang daripada PKR malahan turut mengalirkan airmata dengan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak diatas pengkhianatan Adun-Adun PKR dan DAP ini.

Sangat tidak logik apabila PKR masih lagi berkeras mahu calon mereka bertanding di kerusi Dun dan Parlimen yang dikhianati oleh wakil rakyat mereka sendiri!. Teman masih boleh menerima permohonan maaf daripada DS Anwar Ibrahim atas pengkhianatan anak buahnya dan pengakuan salah pilih calon oleh beliau tetapi semuanya itu haruslah disusuli dengan keterbukaan menerima hakikat bahawa kerusi-kerusi lompat tersebut WAJIB diserahkan kepada calon-calon daripada parti-parti lain terutamanya kepada PAS yang selalunya menjadi jentera utama baik dari segi pilihanraya mahupun aktiviti masyarakat.

Seluruh kepimpinan dan penyokong PKR di kawasan yang berlakunya pengkhianatan ini seharusnya berlapang dada dan menerima keputusan untuk tidak dicalonkan wakil mereka sebagai calon pilihanraya mewakili PR atas sebab-sebab ini. Jika penyokong kuat PKR sendiri susah menerima hakikat pengkhianatan Wakil Rakyat PKR, inikan pula golongan atas pagar? Jauh sekali pengundi-pengundi daripada UMNO dan BN!

Kesimpulannya, ahli-ahli PKR dan kepimpinannya wajar memberikan peluang kepada parti-parti lain mewakili PR di kerusi Dun dan Parlimen yang telah dikhianati oleh wakil PKR ini. Sememangnya agak pahit untuk ditelah tetapi inilah hakikat yang perlu dihadami oleh semua. Bukanlah mudah sebenarnya bagi ahli-ahli PAS menghadapi kepahitan pengkhianatan wakil-wakil rakyat PKR dan DAP tetapi sesungguhnya sangat menyedari lagi pahit pengkhianatan ini pada ahli-ahli PKR dan DAP sendiri! || budakbalun

AIDC TELANJANGKAN ANWAR LAGI

AIDC TELANJANGKAN ANWAR LAGI


apa lagi aku nak cakap pasal blog AIDC ?

kalau kawan2 nak tahu, AIDC lahirnya sama dengan kelahiran blog GAP. sampai ke hari ini dorang ni konsisten menelanjangin anwarin.

bab telanjang dan menelanjang anwar ni, AIDC memang pakar.

semalam dalam research terbarunya, AIDC dedahkan anwar boleh lari daripada dikenakan hukuman penjara atas tuduhan liwat.

aku baca point yang anwar kemukakan.

kata anwar depan yahudi amerika, mesir merupakan satu cahaya demokrasi baru untuk umat islam.

umat islam dahagakan kebebasan kata anwar .

kebebasan ? anwar buat lawak gila babi la bro.

anwar dulu pernah kata rakyat iraq perlukan sistem demokrasi yang lebih adil. akhirnya saddam ditumbangkan.

sekarang apa jadi pada rakyat iraq ? tiap2 hari mati kena bom.

inikah suara kebebasan yang anwar mahukan. anwar ni memang dajal lahanat punya musibat.

detail mengenai keinginan kebebasan dalam terma juara peliwat ini anda boleh baca di AIDC. KLIK SINI.

MB Khalid salahguna dana negeri untuk kepentingan politik!!?

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan keputusan membiayai kos guaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mengundang kemarahan rakyat negeri Selangor. Ia merupakan rentetan kepada kemarahan rakyat apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Mengambil pendekatan media baru iaitu laman blog ADUN Sri Muda, Shuhaimi terjerat apabila beliau terlajak menyusun hujahnya sehingga terpacul perkataan yang dianggap menghina Selangor Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kira-kira 20 laporan polis dibuat ke atas Shuhaimi kerana kenyataan beliau tersebut. Jumlah laporan polis sudah cukup untuk mengukur betapa besarnya skala kemarahan rakyat. Banyak pihak tersinggung dan marah dengan kenyataan itu.

Apa yang dipertikaikan di sini ialah bagaimana sikap Abdul Khalid yang sekali lagi bertindak atas dasar politik dalam menangani isu berkaitan pelantikan SUK.

Abdul Khalid tidak mempunyai justifikasi yang kukuh untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai kos perundangan ke atas Shuhaimi yang menghadapi pertuduhan menghasut.

Dalam pertuduhan itu, kerajaan negeri langsung tidak terlibat melainkan ia atas dasar peribadi Shuhaimi. Kerana lidahnya yang tidak bertulang itu, rakyat Selangor yang terpaksa menanggung beban.

Bayangkan sebanyak enam peguam dilantik bagi membuat pembelaan ke atas kes Shuhaimi dan semuanya akan ditanggung melalui dana kerajaan negeri.

Abdul Khalid menyatakan ia atas dasar kerajaan negeri mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ dan kerana Shuhaimi menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Soalnya adakah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung sultan itu peranan seorang wakil rakyat?

Adakah selepas ini sekiranya anggota PKR menghadapi pendakwaan di mahkamah atas dasar memperjuangkan dasar kerajaan negeri juga akan diberikan pembelaan sama?

Kata Menteri Besar, kerajaan negeri tidak mahu membiarkan Shuhaimi keseorangan. Tetapi mengapa sampai mahu menggunakan kantung negeri?

Mengapa tidak gunakan sahaja dana parti sendiri. Ini kerana cukuplah sebelum ini banyak dana negeri terpaksa digunakan tanpa rakyat mendapat manfaat.

Pertamanya, perbelanjaan sidang Dewan Undangan Rakyat (DUN) pada 24 Januari lalu yang disifatkan sebagai membuang masa dan membazir wang rakyat. Ini kerana pakatan pembangkang hanya menjadikan sidang itu sebagai platform membelasah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO dan medan tuduh menuduh siapa sebenarnya penderhaka raja.

Selain itu, dana negeri juga digunakan bagi pelantikan dua pakar undang-undang yang meneliti draf pindaan perlembagaan negeri. Kita bayangkan draf itu membabitkan perubahan besar, sebaliknya ia cuma mengembalikan perenggan yang sama sebelum pindaan 1993. Jadi, mengapa tidak gunakan saja pegawai undang-undang negeri?

Jika pentadbiran kerajaan PKR asyik menggunakan dana negeri untuk kepentingan politik, kita bakal menerima padah apabila kebajikan rakyat terpinggir. Masalahnya, adakah kewangan kerajaan negeri memberangsangkan sehinggakan banyak perbelanjaan bersifat politik boleh disalur sesuka hati.

Apakah punca pendapatan negeri sudah terlalu tinggi dan negeri melimpah ruah dengan wang. Abdul Khalid dilihat hanya sekadar boleh berkokok tentang hasil perlombongan pasir. Sedangkan seperti dalam sektor pelancongan, Selangor yang mempunyai kadar kemasukan pelancong paling tinggi gagal meraih pendapatan memberangsangkan.

Kalau dilihat peruntukan bagi membantu rakyat miskin, pesawah dan pendidikan, ia tidaklah menunjukkan jumlah yang begitu menakjubkan. Peruntukan Kerajaan Pusat lebih jauh besar nisbahnya.

Paling mengejutkan, kantung zakat Selangor bagaikan diperah habis-habisan untuk pembangunan negeri. Kita masih tidak lupa kata-kata Menteri Besar yang ingin menggunakan dana Baitulmal bagi pembangunan negeri. Itulah yang terjadi sekarang.

Kita khuatir orang politik PKR hanya menggunakan Menteri Besar untuk mengaut segala dana negeri untuk kepentingan politik Anwar dan konco-konconya.

Oleh : Helmi Mohd. Foad || Suara Politik || Taminsari

Takziah!!! Adun BN Kerdau Meninggal Dunia

February 12, 2011
Terkini! Adun BN Kerdau meninggal dunia

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, menurut siaran Buletin Utama, TV3.
Sejak setahun lalu, allahyarham seringkali keluar masuk hospital kerana pelnagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Rahimi Penyebab Anwar Nak Lari

Foto:  Ihsan Bro JeffryDamien

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.


Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

"Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.

''Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.

"Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.


Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS. 

Muhamad Rahimi berkata, dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.

"Pertubuhan-pertubuhan Yahudi ini amat rapat dengan Anwar. Walaupun pertubuhan-pertubuhan ini bergerak atas nama tertentu tetapi kita tahu mereka adalah pertubuhan Yahudi.

"Malah saya ada maklumat bagaimana perbelanjaan latihan serta kempen PKR turut ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan,'' katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.

"Anwar sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum cuba menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Saya pernah bekerja dengan Anwar dan saya tahu pergerakannya,'' katanya lagi.

Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata, beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

"Itu belum dikira sokongan padu yang diterima oleh Anwar daripada juak-juaknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar. Bagi mereka Anwar pemimpin hebat sedangkan ia adalah sebaliknya.

"Bagi saya Anwar adalah perosak negara. Saya akan menentangnya walau apa pun berlaku. Lawan tetap lawan. Itulah juga kata-kata yang sering digunakan oleh Anwar untuk menaikkan semangat para penyokongnya,'' tegas beliau lagi.

Padanlah Anwar kecut semacam je.  Ada sesuatu yang besar bakal didedahkan oleh Rahimi rupanya.  Ditambah dengan ketabahan Srikandi 7, Anwar bakal mencari helah terbaru..

Anwar Ibrahim nak lari keluar negara (video)

darisungaiderhaka
Fuh!! Nasib baik ada si Arman ni yang mendapat mimpi, kalau tidak habis UMNO/BN pasal Anwar rancang nak buat demo besar-besaran macam kat Mesir tu rupanya.. jahat sungguh Anwar Ibraihm ni rupanya..


TAJUK GAMBAR ANDA

Malaysia memang bertuah kerana memiliki rakyat seperti Arman ini yang boleh mendapat maklumat jauh lebih cepat dari perisik PDRM mahupun perisik ATM..

Kah..kah..kah.. gila apa dia ni??

Menurut Ketua Wira PERKASA, Arman Arza Abu Hanifa mengatakan beliau telah mendapat maklumatpada malam tadi dipercayai melalui mimpi dan maklumat tersebut telah diserah kepada polis.

Dari maklumat tersebut dikatakan bahawa DS Anwar Ibrahim akan bertindak melarikan diri dari Malaysia samada ke Australia ke UK atau ke USA jikalau didapati bersalah dalam perbicaraan yang sedang berlangsunu ini.

DS Anwar Ibrahim juga menurut Arman dikatakan akan mengadakan satu demonstrasi besar-besaran sepertimana yang telah dilakukan dahulu oleh bekas Perdana Menteri Thailand dan apa yang telah berlaku di Mesir.

Oleh itu PERKASA mendesak pihak peguam Negara atau Menteri Dalam Negeri supaya mengambil kembali passport DS Anwar Ibrahim supaya beliau tidak melakukan perancangan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Negara ini..


Lagi 100 Ahli PKR Merbok Keluar Parti

Biar betoi..ahli PKR kelaur parti..? Dato’ !!
Apa pun Tahniah Dato’Tajul!!!
Di Merbok 100 lagi ahli PKR keluar Parti…!!
Kah.kahh..kahhhhh

Sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri ini dilihat semakin merosot apabila kira-kira 100 ahli parti itu bertindak menyertai UMNO semalam.

Lagi 100 Ahli PKR  Merbok Keluar Parti

Ia melibatkan ahli PKR Ranting Paya Nahu dalam Cabang Merbok yang diketuai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) ranting berkenaan, Alang Kasturi yang telah hampir 10 tahun menyertai parti itu.

Menurut Alang, tindakan tersebut diambil bersama ahli yang lain ekoran hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi parti terutamanya Penasihat PKR dan kepemimpinan kerajaan negeri.

"Kami sekarang sudah muak dengan perangai dan tindakan pemimpin PKR yang bertindak untuk kepentingan peribadi dan bukannya berjuang mengikut kehendak asal parti.

"Lebih kesal, PKR dan pemimpinnya hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya walaupun kami memberikan mandat kepada mereka memimpin kerajaan negeri tiga tahun lalu," katanya

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 100 borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.

Alang memberitahu, para penyokong PKR juga makin tawar hati dengan wakil rakyat pakatan pembangkang kerana gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Sudahlah masalah tidak dapat diselesaikan, wakil rakyat PKR yang dipilih kami entah hilang ke mana, muka pun jarang nampak," dakwanya.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyertai UMNO sebagai ahli biasa dan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Kami akan berjuang habis-habisan untuk merampas kembali Merbok daripada pembangkang dan saya menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejak kami meninggalkan PKR ," katanya.

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Alang dan rakan-rakannya untuk menyertai UMNO.

Beliau berkata, UMNO menerima kesemua mereka dengan hati terbuka dan berharap lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka keluar PKR .

"Kini mereka boleh menilai sendiri sama ada perjuangan PKR benar atau sebaliknya. Kita berharap, rakyat khususnya di Parlimen Merbok dapat mengambil iktibar daripada perkara ini," katanya.

Beliau berharap, dengan penyertaan ahli baru tersebut akan memperkasakan lagi UMNO Bahagian untuk merampas kembali Parlimen Merbok daripada PKR dalam PRU13.

Presiden Anwar.Azmin jadi PM !!???

Presiden Anwar, Azmin jadi PM

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali didakwa pernah mengeluarkan kata-kata yang membayangkan beliau sendiri
ataupun partinya pernah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Adiknya, Ummi Haflida Ali yang mendakwa demikian berkata, hal itu pernah disuarakan Azmin kepada bapa mereka, Ali Omar beberapa tahun lalu.

"Ayah yang beritahu keluarga mengenai apa yang diberitahu Azmin kepadanya. Kata ayah, Azmin juga ada memberitahunya supaya tunggu dan lihat, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama manakala dia (Azmin) sendiri akan jadi Perdana Menteri," katanya.

Ummi berkata, dia bagaimanapun tidak pasti sama ada Azmin benar-benar bermaksud dengan apa yang dinyatakannya ataupun disebabkan terlalu ghairah dengan apa yang diperjuangkan bersama Anwar.

"Ini kerana, ayah kami bukan seorang yang begitu ambil berat mengenai isu-isu semasa politik tanah air. Saya tahu dia (Ali) sendiri pun kurang mengerti apa yang diberitahu Azmin kepadanya. Sebab itu, Azmin katakan pula kepada ayah, ayah tak faham tak apa, cuma tunggu dan lihat," katanya ketika menyampaikan ceramah kempen Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di Jalan Kebun, malam semalam.

Mengikut Wikipedia, republik merujuk sistem kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih rakyat dengan gelaran seperti presiden, bukan sistem beraja atau monarki. Kerajaan republik dimiliki serta dikawal oleh rakyat namun bukan semestinya demokrasi kerana ada juga pemerintahan republik yang bersifat 'kuku besi' atau totalitarian.

Apa yang membimbangkan, kata Ummi, jika PKR atau parti sekutunya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin akan meneruskan usaha ke arah mencapai matlamat seper­ti yang dikatakan Azmin.

"Bagaimana dengan nasib raja-raja Melayu selepas ini, apakah negara kita akan jadi seperti Singapura?" katanya.

Ummi berkata, setiap orang Melayu harus memikirkan perkara itu dan bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan raja-raja.

"Jangan apabila nasi sudah jadi bubur, baru nak menyesal. Jangan menang sorak, kampung tergadai," katanya.|||| Sinar

Jangan dinafi usaha murni kerajaan

Operasi memindahkan kira-kira 13,000 penuntut Malaysia, sama ada tajaan kerajaan atau swasta yang belajar di Mesir sudah selesai. Terima kasih kepada Penerba­ngan Malaysia (MAS), syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja itu tanpa wujud sebarang sikap prejudis.

Selain penuntut, rakyat negara ini yang bekerja di sana juga sudah dibawa pulang dengan selamat ke Jeddah, sebelum dibawa balik ke tanah air secara berperingkat. Proses membawa pulang semua mereka itu juga menggunakan pesawat yang dihantar Malaysia. Di samping itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut memberi jaminan setiap perbelanjaan pulang penuntut berkenaan dari Jeddah ke Malaysia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri, Kelab Putera UMNO, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sukarelawan kerana bertindak cepat dan pantas menghantar bantuan menerusi misi menyelamat warganegara kita yang berada di negara bergolak itu.

Namun, ketika jentera kerajaan, sayap parti, NGO dan badan sukarelawan bekerja keras siang malam memastikan penuntut dan rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat, masih ada suara-suara sumbang berkokok di sebalik tabir. Tanpa rasa malu atau rasa tanggungjawab, mereka melemparkan pelbagai tuduhan negatif atas usaha murni kerajaan.

Amat sedih dan sungguh mengecewakan apabila Malaysia mempunyai pembangkang yang tidak ada ciri-ciri sifat kemanusiaan.

Tidak cukup dengan kapal terbang, Perdana Menteri turut menimbangkan untuk menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah bagi operasi pemindahan itu. Kapal berkenaan diguna untuk memindahkan pelajar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Apa yang pembangkang mahu atau tidak berpuas hati dengan usaha kerja kerajaan? Hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka asyik mengkritik, menegur, memperlekeh dan mempersendakan apa sahaja yang dilakukan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka melemparkan pula pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya kerajaan mengamalkan sikap pilih kasih dalam misi membawa pulang penuntut Malaysia. Ini semua kerja karut dan dimurkai Allah.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” - Ali-Imran: 200.

Begitulah Allah memperturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW menerusi Surah Ali-Imran sebagai memberi peringatan kepada umat yang tekad dan nekad dalam melakukan kerja kebajikan kepada saudaranya yang dalam kesusahan tanpa mempedulikan apa sahaja suara daripada pihak yang dengki dan cemburu dengan usaha itu.

Kepada pembangkang, tidak salah atau tidak jatuh maruah diri sekiranya berganding bahu bersama kerajaan mencari jalan untuk menyelamatkan saudara mara kita yang nyawa mereka berada dalam keadaan terancam di Mesir. Apa salahnya memberi pandangan, menyediakan pasukan sukarelawan, wang ringgit dan mendapatkan bantuan daripada para sahabat di sana bagi melancarkan proses membawa pulang anak beranak kita.

Tetapi ini tidak berlaku, mereka tambahkan lagi kemarahan rakyat dengan menyebar fitnah kononnya kerajaan bersikap prejudis dan mengamalkan sikap pilih kasih dalam proses itu. Kenapa ini harus berlaku? Tidak adakah sekelumit rasa simpati, belas kasihan, terima kasih atau perikemanusiaan kepada rombongan yang dihantar kerajaan bagi misi membantu.

Selain nyawa pelajar dan rak­yat Malaysia di Mesir terancam. Nyawa rombongan ini juga turut berada dalam bahaya. Mereka berdepan dengan pelbagai karenah birokrasi kerajaan Mesir sehinggakan ada pasport sukarelawan kita diludahi oleh polis Mesir. Ini pengorbanan nyawa yang sanggup digadaikan mereka. Pembangkang harus tahu dan ambil kira semua ini sebelum membuat kenyataan memfitnah dan menghasut rakyat dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Saya sedih dengan apa yang dilakukan pembangkang. Mereka anggap mereka handal, tetapi mereka tidak berani berdepan dengan negara yang berhadapan dengan kemelut. Mereka hanya mengambil kesempatan dari jauh dan dalam keadaan berpeluk tubuh untuk menidakkan usaha yang dilakukan kerajaan. Rakyat harus fikir dan membuat penilaian antara kaca dengan permata.|||||||sinarharian

Penjelasan - Anwar Ibrahim Simpan 'Jambu' Dalam Pejabat Di Washington DC !?

Anwar Ibrahim Simpan 'Jambu' Dalam Pejabat Di Washington DC

Web untuk syarikat Anwar Ibrahim NOT FOUND ? Apa halnya tu?




Anwar Ibrahim Simpan 'Jambu' Dalam Pejabat Di Washington DC

Anwar Ibrahim memang sudah hilang sokongan. My space beliau - 6 Freinds sahaja!



Rupa-rupanya Anwar Ibrahim mempunyai sebuah pejabat yang besar di Washington DC dan kos operasinya sungguh mahal iaitu AS2 juta setahun iaitu kira-kira RM6 juta setahun!

Di manakah beliau mendapat wang sebanyak itu pada hal gaji beliau hanya sebagai Ahli Parlimen, penceramah bebas dan juga RM1 sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor?


Tatkala parti pembangkang ligat mengutip derma kononnya untuk perjuangan parti, Anwar Ibrahim berkemampuan untuk membiayai pejabat yang mencecah jutaan US dolar setahun! Yang menambah curiga lagi ialah pekerja-pekerja Anwar Ibrahim terdiri daripada golongan muda, warga Pakistan dan Turki? Golongan muda? Jambu tak?

Anwar Ibrahim perlu menjawap isu ini sama dengan pelabagai isu lain yang masih menimbulkan tandatanya. Jika tidak benar, cabar di dalam mahkamah. Mudah!

Rujuk di bawah :-


Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman KLIK SINI mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.


Rahimi semasa berada dengan Anwar Ibrahim

Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.
"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.
"Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.
"Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini," dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi. SETERUSNYA
|||||||novandri

Pendedahan Ummi Yang Menggemparkan!!

Pendedahan Ummi Yang Menggemparkan



Rugi siapa duduk rumah pasal takut nak berhujan malam semalam di Jalan Kebun. Rupanya ceramah Rahimi dan Ummi memang panas.

Rahimi Osman seperti dilaporkankan AIDC mendedahkan Anwar ada consulting from punya opis di Washington dengan perbelanjaan 2 juta sepanjang dua tahun.

Dia juga menerima wang dari jaringan NGO Yahudi tetapi menuduh kerajaan ada pertalian dengan Yahudi yang hanya consukltant yang dibayar.

Rahimi bertanggungjawab berhubung dengan ahli2 parlimen sabah sarawak BN masa nak ajak mereka lompat.

Anwar didedahkan sebagai hipokrit dan hanya akur pada Azmin. Dia sahkan Anwar dan Azmin intim.

Sini Ummi begitu ganas sekali Umi Hafilda Ali turut menempelak Anwar kerana enggan mengambil tindakan terhadap cabarannya dan Nalakarupan berkenaan dengan hubungannya dengan isteri Azmin Ali, Shamsida Taharin.

Warisan 2057
melaporkan Ummi mendedahkan Azizah menerima kelakuan Awnar yang kaki seks dengan pelbagai wanita dan jantan.

Sumber | theunspinners

Apa itu Valentine's Day?

Tiga hari lagi,tanggal 14 Februari menjelang tiba. Hari itu cukup dikenal dengan sebutan hari kasih sayang atau disebut Valentine's Day.

Tapi tahukah Anda erti hari kasih sayang atau Valentine's Day itu sendiri ?. Asal usul Valentine's itu terdapat dua pergertian.
Apa itu Valentine's Day?


Pengertian pertama, hari valentine berasal dari hari perayaan Lupercalia. Dahulu pada zaman Romawi kuno, masyarakat Romawi menyembah dewa Lupercus untuk menjaga ternak-ternak mereka. Pada setiap bulan Februari, masyarakat Romawi menyelenggarakan pesta untuk menyembah dewa ini. Salah satu adat yang biasa dijalani adalah dengan menuliskan nama perempuan di selembar kertas dan menempatkannya di dalam sebuah kendi yang besar. Lalu, setiap pemuda akan mengambil satu nama dari kendi tersebut. Para perempuan dan lelaki yang berpasangan kemudian akan terus bersama sampai perayaan tahun depan.

Pergertian kedua, hari valentine berawal dari masa pemerintahan Raja Claudius. Ia menganggap bahwa para lelaki yang sudah menikah akan menjadi prajurit yang lemah, maka ia melarang pernikahan di daerah kekuasaannya. Pada zaman pemerintahan Raja Claudius ini, hidup seorang pendeta Romawi yang bernama Valentinus. Ia melawan perintah raja dan secara diam-diam menikahkan pasangan muda yang jatuh cinta. Pada akhirnya ia tertangkap dan dipenjarakan. Setelah kematiannya, Valentinus kemudian diangkat menjadi Santo. Meskipun banyak versi mengenai peristiwa ini, pada tahun 496 Paus Gelasius menetapkan hari Valentine sebagai hari untuk memperingati Santo Valentinus.

Sebenarnya merayakan Hari Kasih Sayang atau Valentine itu sah2 saja, dari asal usul valentine's day di atas, mengadakan perayaan hari kasih sayang agar setiap orang dalam satu keluarga dapat menyatakan kasih sayangnya dan keluarga itu menjadi lebih harmonis.Kemudian berlanjut menjadi perayaan besar. bahkan sampai sekarang kebanyakan orang menganggap Hari Valentine itu merupakan hari bagi setiap pasangan untuk merayakan hari jadi mereka dan untuk berkasih sayang.

Masa kini Valentine sering disimbolkan dengan hadiah, umumnya coklat. Sehingga kaum remaja cenderung berbelanja wang semata-mata merayakan Hari valentine. Gejala ini sangat tidak baik. atau sepasang kekasih akan menghabiskan waktu berdua, sampai akhirnya terjadi 'keterlanjuran aka perbuatan zina'. Ini akibat salah faham mengenai makna dari valentine itu sendiri.

Kasih sayang yang sesuai dengan makna valentine itu sendiri sebenarnya adalah suatu bentuk perhatian serta kepedulian kita terhadap orang yang kita kasihi dan sayangi, kerana setiap manusia pasti memerlukan yang namanya perhatian. Baik itu perhatian seorang Abang terhadap kakak ataupun kepada adiknya atau pun perhatian orang tua kepada anak-anaknya, dan sebagainya yang ada kaitannya dengan kemanusiaan bahkan bukan tidak mungkin kita mencurahkan perhatian kepada makhluk hidup yang lainnya, kerana mereka juga pasti sangat memerlukan perhatian serta kepedulian kita sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang diberikan keistimewaan lebih dari makhluk hidup lain tersebut.

Di Malaysia hari kasih sayang atau Valentine's day menjadi isu politik. Kini Pas kononya akan melancarkan gerakan pencegahan untuk orang-orang islam semepena hari kekasih itu.Sementara itu Parti gerakan pula, membidas tindakan Pas itu, kerana bagi Parti Gerakan, Pas tersalah anggap-bahawa hari kasih sayang itu adalah hari maksiat.

Jika lah pengertian Hari Valentine itu sendiri dihayati, maka sebenarnya hari itu tidak mengundang bahaya kerosakan sosial. Namun, pengertian Valentine's Day itu sendiri disalah guna,maka akibatnya selepas 6 bulan menyambut hari kekasih itu, terdapatlah ramai mereka yang terlanjur pada masa menyambut hari kekasih mengandung luar nikah.

Bagaimana menurut pendapat Anda sendiri ... ?

PKR Di Jangka Bakal Berkubur Seperti Semangat 46 – Anuar

PKR Di Jangka Bakal Berkubur Seperti Semangat 46


Tiada hala tuju dan tidak mempunyai agenda yang khusus terhadap apa diperjuangakan menyebabkan ramai ahli PKR dari pelbagai peringkat meninggalkan parti berkenaan selepas menyedari apa yang dilakukan itu sia-sia sahaja.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri AnwarI brahim, Anuar Shaari berkata, tindakan meninggalkan parti oleh ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan bukanlah suatu yang baru, perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku namun sejak kebelakangan ini makin ramai ahli terutama pemimpin serta pengasas PKR turut angkat kaki.

“Cerita keluar parti bukan cerita baru, ketika PKR baru ditubuhkan dahulu pun ramai yang meninggalkan parti itu, mereka yang menyertai PKR ketika itu disebabkan terpengaruh oleh kawan atau hanya bersimpati dengan Anwar.

“Bagaimanapun, perkara itu tidak seheboh seperti apa yang berlaku sekarang, PKR ketika itu menjadi sanjungan dan bualan di kalangan rakyat yang bersimpati dengan Anwar, sedangkan tujuan sebenarnya penubuhan PKR hanya untuk Anwar,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurut beliau, masalah keluar parti oleh ahli PKR akan berlaku berterusan kerana kepercayaan ahlinya terhadap parti itu telah hilang kerana pelbagai masalah yang berlaku dalam kepimpinannya yang tidak pernah surut sejak ditubuhkan.

“Masalah yang paling besar yang ada dalam PKR sejak ditubuhkan adalah hala tuju parti itu, masa baru ditubuhkan dahulu, hanya perasaan simpati yang ada dalam perjuangan PKR, tiada siapa pun yang peduli mengenai perjuangan parti,i.

“Tetapi keadaan sudah bertukar apabila Anwar dibebaskan, perjuangan PKR sudah menjadi perjuangan peribadi bagi merealisasikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, itulah sebenarnya perjuangan PKR,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai masalah serta kemelut yang berterusan berlaku dalam PKR itu akan memberi kesan besar kepada pakatan pembangkang kerana rakyat sudah hilang keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan.

“Seperti kita tahu, perjuangan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang berbeza antara satu sama lain, Pas dengan negara Islam, Dap perjuangkan konsep Malaysian Malaysia manakala PKR dengan agendanya yang tidak pernah luput untuk menawan Putrajaya suapaya Anwar boleh Jadi Perdana Menteri.

“Ikatan dalam pakatan pembangkang akan terus longar dan tidak mustahil terburai suatu hari nanti, parti yang berada dalam pakatan itu akan kembali semula berjuang bersendirian seperti sebelum tertubuhnya pakatan pembangkang,” katanya.
Anuar berkata, Dap dan Pas bersetuju untuk bersama dalam pakatan pembangkang kerana berkeyakinan bahawa Anwar mempunyai ramai sokongan, tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan di kalangan kedua-dua parti itu.

“Saya percaya, selepas ini ada lagi beberapa individu penting dalam PKR akanmeninggalkan parti itu, jika ini terus berlaku, ia akan menambahkan keresahan kepada kedua-dua parti yang menjadi rakan sekutu dalam pakatann pembangkang,” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil PKR juga akan menerima nasib seperti Semangat 46 berkubur begitu sahaja. -MediaUMNO.

Akhirnya Khalid Tunduk Juga Pada Khusrin

Akhirnya Khalid Tunduk Juga Pada Khusrin

Oh PKr - 7 FEB - Akhirnya Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa tunduk kepada Datuk Khusrin menerusi satu pertemuan jam 5.00 petang tadi secara tertutup. Tidak ada pihak yang tahu tentang pertemuan tersebut kerana ia tidak diwar-warkan.

Bagaimana pun tidak diberi tahu bila diadakan sumpah simpan rahsia dihadapan Menteri Besar untuk membolehkan Datuk Khusrin masuk kemesyuarat EXCO kerajaan negeri Selangor.

Kita tidak dapat membayangkan bagaimana wajah Tan Sri Khalid mengangkat muka memandang wajah Datuk Khusrin setelah ditolak habis-habisan. Andainya, Pindaan Perlembagaan Negeri itu berjaya, sudah tentu Datuk Khusrin tidak dapat lagi duduk dikerusi SUK dan melihat semula wajah Menteri Besar itu.

Hari ini kita dapat bayangkan wajah Tan Sri Khalid begitu serban,buat kali pertama memandang muka Datuk Khusrin. Berat bukan?.Alangkah baiknya jika diterima dari awal-awal dengan perasaan dan pemikiran terbuka, kerja dapat dijalankan bersama- sama selepas sumpah diIstana hari itu.

Begitulah keadaan bila manusia tidak yakin kepada ada kuasa yang lebih besar menentukan kehidupan manusia samada hidup matinya, rezeki, jodoh pertemuan, pangkat dan darjat serta ajal dan tanah perkuburannya. Kadangkala cara kita mentafsirkan kesyukuran itu amat sempit, hingga kita cuba menafikan kerja-kerja Allah swt dengan sedaya upaya akhirnya menemui kegagalan.

Oleh itu, Tan Sri Khalid harus belajar dari pengalaman itu bahawa segala ketentuan itu adalah kuasa Allah dan insaf bahawa kuasa dan kedudukannya juga bila-bila masa boleh dengan sekelip mata hilang.

Kamalanathan Malukan Budak Suruhan Anwar

TUMBANGNYA BUDAK SURUHAN ANWAR DI TANGAN KAMALANATHAN


Pada petang Jumaat TV1 menayangkan rancangan Bicara Rakyat untuk mengupas Buku Jingga atau janji 100 hari Pakatan Rakyat sebaik mereka mengambil alih Putrajaya kononnya.

Tetamu yang dijemput adalah pakar ekonomi yang juga Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P.Kamalanathan dan juga Pengarah Strategis PKR saudara Rafizi Ramli.

Memandangkan perkara ini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat, tumpuan adalah terhadap pandangan Rafizi. Beliau yang pada awalnya nampak yakin dengan hujah yang penuh andaian dipatahkan dengan mudah oleh Kamalanathan dan asas hujah Dr Mahani.



Anak Merdekamerasakan Rafizi gagal menjawab soalan panggilan telefon mengenai janji 100 hari,dan persoalan Dr Mahani mengenai sumber kewangan untuk kerajaan baru membatalkan bayaran tol,pemansuhan subsidi barangan,pemberian bonus kepada guru dan sebagainya.

Rafizi dengan bangga mengaku kerajaan Pakatan Selangor berjaya menunaikan segala janji pilihanraya dan memberi lebih laba kepada rakyat tetapi gagal menjawab bidasan Kalamalanathan berhubung hutang pada TNB yang menyebabkan biltertunggak untuk 14 ribu tiang lampu di Hulu Selangor.

Rafizi hanya mampu memberi alasan lemah untuk menyalahkan kerajaan yang terdahulu, BN walhal Selangor sudah lebih dua tahun berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan. Kalau demikian, kerajaan BN tak payah bangunkan negara dan hanya salahkan penjajah.

Rafizi cuba menyentuh soal kadar kemiskinan dikalangan rakyat negara ini dengan mengeluarkan angka-angka dan peratusannya yang tidak jelas sumber dan metodologi. Ini disanggah Dr Mahani yang menerangkan bahawa kadar kemiskinan rakyat ditentukan mengikut penilaian antarabangsa.

Menurut Pisau, Rafizi gagal menjawab persoalan Dr Mahani mengenai perlaksanaan kerajaan kebajikan yang acuannya dari barat dan kini barat sendiri mahu mengubah dasar 40 tahun yang ternyata gagal.

Rafizi tidak mempu menjawap Kamalanathan yang bertanya kenapa Kerajaan Pakatan menderhaka kepada sultan seperti mana berlaku di Perak dan Selangor sedangkan didalam Buku Jingga mengariskan akan mempertahankan institusi kesultanan.

Gap mengulas mengenai usaha Rafizi untuk cuba menerangkan krisis buruk di Mesir sebagai akibat sistem pengagihan ekonomi yang tak setara dan tidak dirasai oleh rakyat. Dia cuba mengaitkan ini dengan Dasar Ekonomi Baru.

Padahal krisis sekarang masih tidak jelas kaitannya dan dilihat ada kaitan dengan campur tangan Amerika. Gap berpendapat ianya ada kaitan persengketaan politik lama dengan Ikhwanul Muslimin dan penutupan sempadan Rafah dengan Palestin.

Para pendengar ternyata kecewa kerana Rafizi hanya memberi penerangan yang hanya bersandarakan teori dan andaian semata-mata dan bukan berlandaskan apa-apa panduan sebenar.

Sumber: The Unspinners
              Parpukari

10 Pemimpin DAP - Tawau keluar parti

10 Pemimpin DAP Tawau keluar parti


Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai parti gerakan, satu daripada komponen BN.

Tindakan 10 orang parti pembangkang yang diketauai James Leong itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Naib Presiden berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kedalam parti Gerakan kepada Pengerusi BN SAbah yang juga Ketus Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew Yun Fah.

Mereka mengambil langkah keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji.

James yang sudah 10 tahun bersama Dap berkata, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.

Parti pembangkang DAP sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa dinegeri itu dan tindakan pemimpin DAP menunjukan kelemahan parti itu menyelesaikan dan memperjuangkan masalah rakyat.

Sehubungan itu Ketua publisiti DAP percaya dan yakin lebih ramai lagi pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.

Tan Sri Liew yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung daripada DAP.

Masyarakat Cina dikawasan kini mula sedar bahawa hanya BN yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat dikawasan berkenann. - Bernama

Memang baguslah mereka mengambil tindakan sebegitu, kerana lama-kelamaan rakyat pasti akan menyedari siapakah sebenarnya yang akan memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas. DAP memang pandai berputar alam macam cikgu penasihatnya, Anwar, mengajar berjalan senget macam ketam.

DAP hanya pandai berjanji manis kat rakyat Sabah tetapi sebenarnya habuk pun tarak. Cakap tak serupa bikin. Cuba kita tengok Negeri Pulau Pinang, rakyat memohon Ketua Menteri, Guan Eng membenarkan siapa saja untuk berniaga demi mencari rezki tidak kira mereka Melayu, Cina dan India selain meminta Ketua Menteri itu memberi layanan yang adil dan sama rata kepada semua kaum.

Harap Ketua Menteri Guan Eng berlaku adil kepada sekelian rakyat Pulau Pinang, dan memberikan mereka peluang untuk mencari rezki denngn berniaga kecil-kecilan di situ.

Parti Kencing Rakyat @ Parti Kian Rapuh @ Parti Koyak Rabak?

Parti Kencing Rakyat @ Parti Kian Rapuh @ Parti Koyak Rabak?


Apa lagi nak cakap mengenai Parti Koyak Rabak ni? Sudah habis benda satu persatu yang kami dedahkan buat rakyat untuk menilai Parti Kian Rapuh ni. Emmmm Kesannya semakin jelas bila makin ramai yang keluar dari Parti Kencing Rakyat ni.


"PKR Sabah yang sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila ketua perhubungan negerinya, Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno.

Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang tadi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah.

"Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan 'cakap tidak serupa bikin'.

"Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... Maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti," katanya.

"Setelah melihat perkembangan politik,saya seterusnya memohon untuk menyertai Umno dan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa kerana hanya BN yang telah lama memperjuangkan hak rakyat dan banyak menyumbang kepada rakyat," jelas beliau.

Katanya beliau telah mengemukakan surat perletakan jawatan lewat petang tadi melalui faks, SMS, dan e-mel ke PKR pusat dan percaya ramai lagi ahli PKR terutamanya ketua-ketua dan ahli jawatankuasa cabang akan turut serta meninggalkan parti kerana ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap cara kepimpinan pusat.

"Saya percaya keputusan untuk keluar dari PKR akan disusuli oleh ramai lagi rakan-rakan kepimpinan yang berada dalam PKR Sabah bila melihat senario politik PKR yang kita anggap sebagai satu parti yang sudah kucar-kacir, tidak ada hala tuju dan tidak ada pembelaan daripada pemimpin-pemimpin di peringkat pusat," tambahnya lagi."

K'jaan S'gor akan bantu YB Shuhaimi

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.

"Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada BN dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat," demikian menurut kenyatan sekretariatn akhbar, pejabat menteri besar Selangor.

NONE"Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah
tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

"Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada YB Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu," tambah kenyataan itu lagi.

Katanya, ia dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan, menyokong dalam sidang DUN 24 Januari lalu untuk mengembali perlembagaan negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada sultan Selangor dan menteri besar untuk memilih tiga pegawai tinggi kerajaan negeri.

"Sebaliknya, kesemua ADUN Umno/BN pula menolak pindaan ini yang sekaligus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.

"Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-Raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka," katanya.

Rakyat juga, tambahnya, dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara, diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.

"Dalam kes YB Shuhaimi, kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk YB Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

"Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

MAS dibenar terbangkan pelajar hingga Isnin

Malaysia Airlines (MAS) mendapat kebenaran pihak berkuasa Mesir dan Arab Saudi untuk berlepas dan mendarat di lapangan terbang kedua-dua negara itu sehingga Isnin depan untuk misi memindahkan pelajar dan warga Malaysia dari Mesir yang sedang bergolak.

"Kebenaran ini penting bagi melicinkan proses pemindahan pelajar dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir ke Jeddah," kata Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang.

Chef de Mission MAS itu berkata hubungan akrab MAS dengan pihak berkuasa lapangan terbang Arab Saudi dan Mesir adalah antara faktor penyumbang kepada kelancaran proses membawa keluar warga Malaysia di Kaherah.

"MAS memang mempunyai perjalanan ke Jeddah dan kita mempunyai sistem di situ. Bagaimanapun di Kaherah, kita menjalin hubungan baik dengan EgyptAir yang turut membantu kita memperoleh kebenaran untuk mendarat dan berlepas.

"Sememangnya MAS boleh melakukan penerbangan ke mana sahaja tetapi apa yang penting ialah kebenaran untuk mendarat dan berlepas perlu ada," katanya kepada wartawan Malaysia yang meliputi misi tersebut di sini hari ini.

Mengakui misi ini agak mencabar, Mohd Nawawi bagaimanapun berkata MAS kerap berhubung dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendapatkan maklumat dan situasi terkini di Kaherah.

Kumpulan pertama 365 rakyat Malaysia termasuk seorang bayi berjaya dibawa keluar dari Kaherah dan tiba di Jeddah dengan pesawat Boeing 747 milik MAS.

Mohd Nawawi berkata penerbangan MAS membawa kumpulan pelajar dan warga Malaysia untuk hari ini bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) manakala penerbangan kedua pula bermula pada pukul 4 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Dalam pada itu, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa Malaysia sedang berbincang tentang urusan membawa pelajar dan warga Malaysia pulang terus ke tanah air dari Jeddah.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada keputusan dibuat mengenainya.

"Apa yang penting sekarang, kita akan sedaya upaya membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah," katanya.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak seminggu lalu, berpuluh ribu rakyat keluar ke jalan-jalan raya di Mesir mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah negara itu selama 30 tahun, agar segera berundur.

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar besar termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.

- Bernama

Pelajar: Harga melambung, makananan kurang di Mesir

Tunjuk perasaan oleh rakyat Mesir bukan saja mencetuskan rasa takut pada kalangan pelajar Malaysia di negara itu, malah mereka juga berdepan dengan kekurangan bekalan makanan selain harga yang melambung tinggi.

Beberapa pelajar Malaysia yang berjaya dibawa keluar memberitahu Bernama di Jeddah, keadaan di Kaherah agak mendesak kerana mereka juga berdepan dengan perintah berkurung yang bermula pukul 1 petang sehingga 8 pagi keesokannya.

"Oleh kerana telah dikenakan perintah berkurung bermula pukul 1 tengah hari hingga 8 pagi esoknya, maka kami terpaksa menggunakan masa yang diperuntukkan bergegas ke kedai berhampiran kawasan tempat tinggal untuk membeli barangan keperluan asas seperti roti dan gula.

"Kami juga terpaksa berebut dengan wanita Arab untuk membeli makanan kerana barangan keperluan kini semakin mendesak," kata Haslisah Khalil, pelajar jurusan perubatan di Universiti Ainshams pada Sabtu.

Khairuizzah Helmi, 20, pula memberitahu harga barangan yang naik mendadak serta stok yang semakin berkurangan menyebabkan beliau terpaksa membeli barangan keperluan asas dengan kuantiti yang banyak.

"Saya bimbang nanti kalau keadaan semakin buruk, kami tidak lagi mendapat bekalan makanan," kata pelajar tahun satu jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar itu.

Mohd Amin Azmanshah, 20, pula berkata harga bahan mentah seperti ayam naik berkali ganda selain sukar untuk diperolehi.

Pelajar tahun satu jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar itu berkata sebelum demonstrasi berlaku, harga ayam ialah RM16 sekilo namun selepas tunjuk perasaan harganya mencecah RM27 sekilogram.

"Barangan seperti sayuran dan buah-buahan tidaklah menjadi masalah. Tetapi harga gula juga telah naik daripada RM3.50 kepada RM4 sepaket," katanya.

Sejak seminggu lalu, berpuluh ribu rakyat keluar ke jalan-jalan raya di Mesir mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah negara itu selama 30 tahun, agar segera berundur.

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar besar termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.

- Bernama

Demonstrasi anti-Mubarak: Polis tembak meriam air

Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1
Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.
Ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, berkata, lapan orang ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.
Ada yang ditahan di dalam kompleks Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika
protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur arrest man 1Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak.
Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Pelajar M'sia mula dihantar pulang dari Jeddah

Kumpulan pelajar Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir ke sini akan dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat bermula hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid berkata keutamaan akan diberi kepada pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil, mereka yang uzur, wanita dan mereka yang sakit.

"Buat masa ini, keutamaan kita (ialah) pada mereka yang uzur dan yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kita akan mengambil tindakan yang sebaik mungkin untuk memastikan kebajikan pelajar yang ada anak kecil (dan) uzur akan dihantar pulang dengan segera.

"InsyaAllah akan bermula esok (Sabtu) penghantaran pulang pelajar ke Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di Jeaddah pada Jumaat.

Pada masa yang sama beliau meminta semua ibu bapa dan keluarga pelajar supaya bersabar menunggu kepulangan anak masing-masing.

"Mereka (pelajar) yang berada di sini semuanya selamat, dan kita akan pastikan mereka berada dalam keadaan yang baik dan InsyaAllah mereka akan dihantar balik ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sehingga pukul 9.20 malam waktu tempatan (2.20 pagi waktu Malaysia), seramai 1,036 pelajar telah berjaya dibawa keluar dari Kaherah oleh pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 747 serta AirAsia dan kini ditempatkan di pusat transit Madinatul Hujaj di sini.

Lebih ramai pelajar dijangka tiba menerusi satu lagi penerbangan MAS pada lewat malam ini (Jumaat), katanya.

Mengenai baki pelajar yang belum tiba di Jeddah, beliau berkata menurut maklumat yang diterima, kesemua mereka masih berada dalam keadaan yang baik.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak seminggu lalu, berpuluh ribu rakyat keluar ke jalan-jalan raya di negara itu bagi mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun, agar segera berundur.

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar besar termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.

- Bernama

PAS, PKR 'biadap' berdemonstrasi waktu cuti CNY

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengecam PAS dan PKR hari ini kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY).

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur water cannon 1malaysia 1Tahun baru Cina, kata Tan, adalah perayaan utama di negara ini
yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab tersebut, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin PAS dan PKR dan ahli mereka mengadakan demonstrasi hari ini, menyokong gerakan pro-demokrasi di Mesir, Tan.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

"Hari kedua Tahun Baru Cina merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TUDM dapat bawa keluar 1,800 pelajar sehari

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharap dapat melakukan sekurang-kurangnya sembilan penerbangan ulang-alik bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir ke Jeddah menggunakan tiga pesawat C-130 Herculesnya.

Ketua misi Kolonel Abdul Mutalib Wahab berkata setiap pesawat berupaya membawa 200 orang bagi setiap penerbangan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,800 dapat dibawa keluar oleh TUDM setiap hari sehingga operasi selesai.

Bermula hari ini operasi akan berjalan tanpa henti dan ketiga-tiga pesawat akan berlepas dari Jeddah selang sembilan jam setiap hari, katanya.

TUDM berjaya memulakan operasi pertama membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah semalam selepas berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuk mendapatkan kebenaran mendarat, kata Abdul Mutalib.

Penerbangan sulung TUDM itu berlepas dari Jeddah pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan) dan mendarat di Kaherah pada pukul 7 malam (waktu Jeddah) pada Jumaat.

Sejurus mendarat, krew misi ini disambut Duta Malaysia ke Libya, Dzulkepli Mohd Nor yang bertindak selaku penyelaras serta Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab.

Seramai 150 pegawai dan anggota TUDM terlibat dengan misi tersebut.

Sementara itu Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah kini mencapai tahap sepenuhnya dengan sasaran mengangkut sekurang-kurangnya 3,000 orang sehari.

- Bernama

Di Jeli Ada Babi Hutan Serang Wanita Warga Tua

Jeli: Seorang wanita warga tua terpaksa menggunakan sepenuh tenaganya untuk bertarung dengan seekor babi hutan, sebelum berjaya menewaskan binatang itu, pada kejadian Isnin lalu.

Menceritakan peristiwa jam 8 pagi itu, mangsa Bunga Musa, 70, berkata sebelum kejadian, beliau ke kebun getahnya di Kampung Gemang, dekat sini untuk memetik limau madu yang ditanam di kebun itu selain hendak membersihkan semak di situ.

Katanya, ketika sedang menebas semak di kebun berkenaan, tiba-tiba muncul seekor babi hutan sebesar kambing jantan dipercayai dari hutan berhampiran yang terus menyerangnya.

“Walaupun memegang parang, serangan babi hutan itu yang pantas menyebabkan saya tidak dapat mengelaknya sehingga saya terjatuh.

“Binatang itu semakin ganas dan terus menyerang serta menggigit. Saya mengumpul kekuatan dengan memaut dan mencekik kuat leher babi hutan itu sekuat hati hampir setengah jam, sebelum melepaskan binatang itu apabila mendapati ia sudah lemah.

“Dengan kekuatan yang ada, saya gagahi juga berjalan keluar dari kebun getah itu dan akhirnya dengan bantuan jiran, dibawa ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HTM, semalam.

Bunga berkata, beliau sudah mengerjakan kebun getah itu sejak usia muda lagi dan ini adalah peristiwa pertama beliau diserang babi hutan yang tidak mungkin akan dilupakan.

“Apabila memikirkan kejadian itu, saya tidak tahu bagaimana boleh melawan babi hutan itu yang sudah tentu kekuatannya melebihi keupayaan saya. Mungkin Tuhan masih menyayangi saya.

“Keadaan saya kini semakin bertambah baik, cuma mengalami luka kecil akibat digigit binatang itu dan kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus ke kebun. Namun kali ini mungkin saya akan mengajak jiran untuk menemani ketika di kebun itu,” katanya. -BH

Rakyat Akan Mengubahnya Jika kau tidak Mahu Berubah


Hosni Mubarak buat kali pertamanya bercakap kepada media dan semalam beliau telah bercakap kepada ABC TV. Dalam temu ramah dengan ABC Hosni berkata yang beliau sudah bosan memegang tampuk kuasa sejak 30 tahun yang lalu dan ingin bersara dari jawatan yang disandangnya sekarang apabila pilihanraya pada hujung tahun ini tiba. Beliau juga tidak berminat untuk meletakkan anak beliau Gamal Mubarak untuk menggantikan beliau seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak.

Hosni juga memberi amaran kepada parti Hisbul Muslimin Mesir akan mengalami ‘vacuum’ kepimpinan yang besar jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan meminta pihak-pihak yang menentangnya untuk bersabar dan menunggu pilihanraya yang tidak lama lagi akan diadakan. Hosni Mubarak memberi tahu Barak Obama yang Amerika tidak faham situasi di Mesir dan pemikiran rakyatnya dan adalah tidak wajar jika Obama menekannya untuk meletakkan jawatan sekarang.


Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan. Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu, alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana-mana pemimpin yang sedang dideak untuk mengundurkan diri.

Kalau disini pihak yang memeritah akan menggunakan alasan ‘continuity’ atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk menjana pembangtunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya. Matlamatnya sama; iaitu untuk terus berkuasa.

Tetapi lebihnya Hosni kalau dibandingkan dengan pimpinan kita beliau berikrar yang beliau tidak akan lagi mempertahankan jawatannya semasa pilihanraya pada penghujung tahun ini. Disini pula yang ada sikap itu ialah Datuk Husein Onn yang telah dari awal mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNOnya pada pemilihan berikutnya, iaitu pada tahun 1981.

Datuk Husein, sebagai seorang yang datangnya dari keluarga ‘aristocrat. yang ‘magnanimous’ telah mula merasakan yang beliau tidak mendapat sokongan yang bulat hasil dari kekecohan parti disebabkan isu Dato’ Harun Idris. Dato Harun telah menjadi korban dan telah dikambing hitamkan oleh setengah pihak kerana takut dengan pengaruh Ketua Pemuda UMNO itu dalam politik tanahair. Hasil dari rasa tidak puas hati setengah pihak terutamanya dikalangan Pemuda, maka Datuk Husein telah ditentang jawatannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan 1978 dahulu.

Syed Jaafar Albar yang ketika itu berusia 62 tahun telah memenangi kerusi Ketua Pergerakkan Pemuda dan kemenagan Jaafar Albar itu merupakan manifestasi jelas tentang pengaruh pemuda yang begitu kuat dan kemenangan Albar itu merupakan isyarat jelas untuk Husein membuat keputusan tentang kepimpinannya.

Tindakkan Sulaiman Palestin menawarkan diri untuk menyaingi Datuk Husein itu adalah hasil dari permainan politik seseorang yang inginkan Husein cepat-cepat bersara. Husein tidak mahukan UMNO itu berpecah kerana beliau, maka beliau mengumumkan dari awal lagi yang beliau tidak lagi berhasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 1981.

Jika Husein masih mahukan jawatan itu memang mudah bagi beliau kerana beliau telah memenangi pertandingan itu dengan majoriti yang besar kerana Hj Sulaiman hanya mendapat sebanyak 125 undi sahaja. Tetapi Husein sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan parti dan kiat mesti juga ingat pengorbanan Husein itu adalah disebabkan ada orang yang mahu mengambil kesempatan diair yang keruh itu untuk mengorbankan beliau.

Begitulah sikap seorang pemimpin jika ianya datang dari keluarga ‘aristocrat’ yang ‘magnanimous’ dan beliau tidak bertindak untuk mempertahankan kuasa dengan melakukan berbagai-bagai helah seperti mematikan partinya dan sebagainya untuk terus berkuasa. Tetapi pemimpin yang bercirikan ‘gentleman’ itu sudah tiada lagi dan jiak ada pun pemimpin seperti ini tidak digemari oleh UMNO. Pemimpin yang berkualiti ini selalunya akan diketepikan secara sistematik untuk memberikan tempat kepada pimpinan yang agak ‘gullible’ dan ‘ungentleman’.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang ialah kekosongan kepimpinan seperti apa yang disebut oleh Mubarak itu. Tetapi kekosongan itu adalah hasil dari kerakusan beliau sendiri yang tidak menunjukkan niat untuk berhenti. Tiga dekad pemerintahannya telah melenyapkan semua benih-benih kepemimpinan dinegara itu sehinggakan tidak ada sesiapa lagi yang layak untuk menjadi pemimpin yang ‘viable’ untuk mentadbir Mesir.

Jika kita kaji dimana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa dengan begitu lama sesiapa sahaja yang mewarisi kepimpnannya akan menghadapi masalah yang besar. Presiden Tito dari Yugoslavia telah memerintah negara itu selama 3 dekad dan apabila beliau meninggal dunia negara itu telah berpecah kepada lima wilayah dan telah berlaku peperangan pembersihan ethnik yang begitu menyanyat hati bagi orang yang mimpikan kedamainan.

Hallie Salasie dari Ethiopia telah memerintah negara itu selama lebih dari 3 dekad dan akhirnya negara itu jadi muflis dan kucar kacir. Hanya yang didapati dari peninggalannya ialah hartanya yang melebihi 30 billion dollar.

Romania telah bertindak membunuh ketua negaranya dikhalayak ramai setelah memerintah hampir 30 tahun, dan Indonesia telah menggulingkan Suharto setelah menjadi pemimpin kuku besi selama 3 dekad dan kesemua negara-negara yang mana pemimpinnya bergayut kepada kuasa terlalu lama sememangnya akan meninggalkan kekosongan kepimpinan yang akan memudharatkan negara.

Kita juga hampir menjadi begitu tetapi kita lebih demokratik sedikit dari negara-negara yang disebutkan tadi. Tetapi kesan dari tindakkan Mahathir mengekalkan kuasa sebegitu lama memang banyak meninggalkan ‘vacuum’ kepimpinan dan ianya begitu nyata. Selepas kepimpinan beliau negara tidak lagi berada didalam keadaan yang begitu diyakini oleh rakyat. Ini adalah disebabkan semua mereka yang sepatutnya mengambil alih tempat beliau yang berkepimpinan telah tidak berada didalam kepimpinan parti lagi. Semasa Mahathir meninggalkan Putrajaya, yang tinggal hanyalah Pak Lah dan Najib. Maka bergunalah akar-akar ini kerana tiada rotan yang tinggal lagi.

Yang tinggal bersamanya hanyalah barisan apa yang dipanggil sebagai ‘blind sycophants’ yang hanya mengangguk macam burung balam dan Mahathir memunafaatkan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelapis yang tidak bertulang belakang ini untuk menyambung kuasa yang dinikmatinya tanpa banyak halangan. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berkemampuan bersamanya untuk meneruskan kepimpinan ‘viable’ bagi negara ini lagi. Siapa sahaja yang ada didalam hiraki parti itulah yang menerima warisan kepimpinan dan inilah yang kita dapati sekarang ini.

Ramai diantara pemimpin kita hari ini ibarat garam. Garam itu penting untuk mengenakkan masakan, tetapi tidak boleh dibubuh terlalu banyak pula; nanti tidak termakan pula masakan itu. Garam hanya perlu setakat sesedap rasa sahaja, tidak boleh lebih.

Sesungguhnya diMesir, Tunisia dan di Yaman keadaan yang berlaku lebih kurang sama dengan apa yang berlaku disini. Tetapi rakyat disini lebih baik dari di negara-negara yang disebutkan tadi. Mereka lebih suka untuk menolak pimpinan negara melalui undi yang ada kepada setiap seorang satu undi itu. DAN eloklah begitu. Kita tidak akan membudayakan cara yang dilakukan oleh rakyat di Mesir, Yaman dan Tunisia itu.

Kita orang Melayu masih lagi ada sedikit adab dan adat. Hanya kita berharap agar kebaikan orang kita Melayu ini tidak dianggap sebagai kelemahan atau kebodohan. Rakyat tidak bodoh. Hanya mereka mempunyai kesabaran yang lebih. Mereka sedang memerhatikan segala-galanya dengan penuh fokus.

Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan ‘tikus-tikus’ gemuk memakan hasilnya di kepuk padi.

Apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, yaman dan Tunisia itu ialah untuk menghapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di merata-rata negara tersebut yang telah membaham segala hasil pembajakkan mereka selama ini. Sekarang mereka mahukan hasil penat jerih membajak itu kembali kepada mereka.

Kita yakin apabila tikus-tikus itu sudah tidak ada lagi hasil padi mereka akan dapat mereka menufaatkan untuk kesejahteraan keluarga setiap rakyat negara itu.

Related Posts Selain LinkWithin

TAJUK GAMBAR ANDA

1. Pertama, masuk dulu ke halaman Edit HTML,
    Jangan lupa memberi tanda centang pada "Expand Widget Templates"

2. Cari kode ini </head> 

3. Kemudian ganti dengan kode dibawah ini
<!--Related Posts with thumbnails Scripts and Styles Start-->
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<style type="text/css">
#related-posts {
float:center;
text-transform:none;
height:100%;
min-height:100%;
padding-top:5px;
padding-left:5px;
}

#related-posts h2{
font-size: 1.6em;
font-weight: bold;
color: black;
font-family: Georgia, &#8220;Times New Roman&#8221;, Times, serif;
margin-bottom: 0.75em;
margin-top: 0em;
padding-top: 0em;
}
#related-posts a{
color:black;
}
#related-posts a:hover{
color:black;
}

#related-posts  a:hover {
background-color:#d4eaf2;
}
</style>
<script src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/relatedthumbs21.js' type='text/javascript'/>
</b:if>
<!--Related Posts with thumbnails Scripts and Styles End-->
</head>

4. Sekarang cari lagi kode dibawah
<div class='post-footer-line post-footer-line-1'>

Jika tidak jumpa kode diatas, cuba cari kode seperti ini pulak
<p class='post-footer-line post-footer-line-1'>

Kalau sudah jumpa,cuma masukan semua kode dibawah ini dibawah salah satu dari kode diatas yang anda jumpa tadi.
<!-- Related Posts with Thumbnails Code Start-->
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='related-posts'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels_thumbs&amp;max-results=6&quot;' type='text/javascript'/></b:if></b:loop><a href='http://www.bloggerplugins.org/2009/08/related-posts-thumbnails-blogger-widget.html' style='display:none;'>Related Posts with thumbnails for blogger</a><a href='http://www.bloggerplugins.org/' style='display:none;'>blogger widgets</a>
<script type='text/javascript'>
var currentposturl=&quot;<data:post.url/>&quot;;
var maxresults=5;
var relatedpoststitle="Related Posts";
removeRelatedDuplicates_thumbs();
printRelatedLabels_thumbs();
</script>
</div><div style='clear:both'/>
</b:if>
<!-- Related Posts with Thumbnails Code End-->

5. Klik Save dan lihat hasilnya.

Untuk menampilkan seberapa banyak jumlah related posts anda boleh mengedit kode dibawah ini:
var maxresults=5;

Untuk mengganti title, anda boleh mengedit kode ini:
var relatedpoststitle="Related Posts";

Selamat Mencuba

Hukuman penjara bagi Ariel tidak cukup

JAKARTA: Hukuman penjara 3 tahun 6 bulan dan denda Rp 250 juta (RM84.3 juta) yang dijatuhkan kepada vokalis Peterpan, Ariel masih dianggap kurang berat oleh segelintir pihak. Aktivis Front Pembela Islam (FPI) umpamanya, berpendapat bahawa Ariel wajar dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan yang dilakukannya.

Begitulah suara lantang Ketua FPI DKI Jakarta, Habib Salim Alatas yang menyifatkan Ariel sebagai seorang pengganas moral. Justeru itu, hukuman mati wajar dijatuhkan ke atas penyanyi itu.

"Kita, FPI menerima keputusan hakim ke atas Ariel. Tapi alangkah baiknya jika dia dijatuhkan hukuman mati sahaja," ujarnya.

Bergambar seksi untuk akhbar!!!

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0205/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg

SALLY BERCOW kesal selepas gambar seksinya yang menutup tubuhnya dengan cadar katil disiarkan di sebuah akhbar Britain baru-baru ini.

LONDON - Sally Bercow yang merupakan isteri Speaker Dewan Rakyat Britain, John Bercow menganggap dirinya kelihatan seperti seorang yang bodoh kerana bergambar dalam keadaan seksi, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dalam gambar itu, dia hanya menutup tubuhnya yang bogel dengan cadar katil.

Wanita berusia 41 tahun itu membuat kenyataan tersebut selepas gambarnya itu disiarkan akhbar Evening Standard di Britain.

Dia memberitahu stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC): "Saya mungkin seornag yang bodoh kerana melakukannya (bergambar dengan tubuh ditutupi cadar katil."

Sally berkata, dia hanya mengetahui perlu melakukan aksi itu semasa tiba di lokasi untuk membuat rakaman gambar itu.

Wanita itu berkata, pada mulanya dia menganggap aksi tersebut akan menjadikan gambarnya kelihatan lebih menarik.

Namun, gambar itu mencetuskan masalah kerana dia merupakan isteri seorang Speaker sekali gus memberi kesan terhadap kerjaya suaminya.

Menurutnya, gambar tersebut untuk ruangan Hari Kekasih dan dia berasa terkejut ekoran reaksi orang ramai berhubung penampilan seksinya. - Agensi