PKR Di Jangka Bakal Berkubur Seperti Semangat 46 – Anuar

PKR Di Jangka Bakal Berkubur Seperti Semangat 46


Tiada hala tuju dan tidak mempunyai agenda yang khusus terhadap apa diperjuangakan menyebabkan ramai ahli PKR dari pelbagai peringkat meninggalkan parti berkenaan selepas menyedari apa yang dilakukan itu sia-sia sahaja.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri AnwarI brahim, Anuar Shaari berkata, tindakan meninggalkan parti oleh ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan bukanlah suatu yang baru, perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku namun sejak kebelakangan ini makin ramai ahli terutama pemimpin serta pengasas PKR turut angkat kaki.

“Cerita keluar parti bukan cerita baru, ketika PKR baru ditubuhkan dahulu pun ramai yang meninggalkan parti itu, mereka yang menyertai PKR ketika itu disebabkan terpengaruh oleh kawan atau hanya bersimpati dengan Anwar.

“Bagaimanapun, perkara itu tidak seheboh seperti apa yang berlaku sekarang, PKR ketika itu menjadi sanjungan dan bualan di kalangan rakyat yang bersimpati dengan Anwar, sedangkan tujuan sebenarnya penubuhan PKR hanya untuk Anwar,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurut beliau, masalah keluar parti oleh ahli PKR akan berlaku berterusan kerana kepercayaan ahlinya terhadap parti itu telah hilang kerana pelbagai masalah yang berlaku dalam kepimpinannya yang tidak pernah surut sejak ditubuhkan.

“Masalah yang paling besar yang ada dalam PKR sejak ditubuhkan adalah hala tuju parti itu, masa baru ditubuhkan dahulu, hanya perasaan simpati yang ada dalam perjuangan PKR, tiada siapa pun yang peduli mengenai perjuangan parti,i.

“Tetapi keadaan sudah bertukar apabila Anwar dibebaskan, perjuangan PKR sudah menjadi perjuangan peribadi bagi merealisasikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, itulah sebenarnya perjuangan PKR,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai masalah serta kemelut yang berterusan berlaku dalam PKR itu akan memberi kesan besar kepada pakatan pembangkang kerana rakyat sudah hilang keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan.

“Seperti kita tahu, perjuangan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang berbeza antara satu sama lain, Pas dengan negara Islam, Dap perjuangkan konsep Malaysian Malaysia manakala PKR dengan agendanya yang tidak pernah luput untuk menawan Putrajaya suapaya Anwar boleh Jadi Perdana Menteri.

“Ikatan dalam pakatan pembangkang akan terus longar dan tidak mustahil terburai suatu hari nanti, parti yang berada dalam pakatan itu akan kembali semula berjuang bersendirian seperti sebelum tertubuhnya pakatan pembangkang,” katanya.
Anuar berkata, Dap dan Pas bersetuju untuk bersama dalam pakatan pembangkang kerana berkeyakinan bahawa Anwar mempunyai ramai sokongan, tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan di kalangan kedua-dua parti itu.

“Saya percaya, selepas ini ada lagi beberapa individu penting dalam PKR akanmeninggalkan parti itu, jika ini terus berlaku, ia akan menambahkan keresahan kepada kedua-dua parti yang menjadi rakan sekutu dalam pakatann pembangkang,” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil PKR juga akan menerima nasib seperti Semangat 46 berkubur begitu sahaja. -MediaUMNO.

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir,Tapi jika ada sebarang komen yang lu tulis yang mana boleh di dakwa maka lu jawap sendiri di Mahkamah....