Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharap dapat melakukan sekurang-kurangnya sembilan penerbangan ulang-alik bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir ke Jeddah menggunakan tiga pesawat C-130 Herculesnya.
Ketua misi Kolonel Abdul Mutalib Wahab berkata setiap pesawat berupaya membawa 200 orang bagi setiap penerbangan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,800 dapat dibawa keluar oleh TUDM setiap hari sehingga operasi selesai.
Bermula hari ini operasi akan berjalan tanpa henti dan ketiga-tiga pesawat akan berlepas dari Jeddah selang sembilan jam setiap hari, katanya.
TUDM berjaya memulakan operasi pertama membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah semalam selepas berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuk mendapatkan kebenaran mendarat, kata Abdul Mutalib.
Penerbangan sulung TUDM itu berlepas dari Jeddah pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan) dan mendarat di Kaherah pada pukul 7 malam (waktu Jeddah) pada Jumaat.
Sejurus mendarat, krew misi ini disambut Duta Malaysia ke Libya, Dzulkepli Mohd Nor yang bertindak selaku penyelaras serta Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab.
Seramai 150 pegawai dan anggota TUDM terlibat dengan misi tersebut.
Sementara itu Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah kini mencapai tahap sepenuhnya dengan sasaran mengangkut sekurang-kurangnya 3,000 orang sehari.
- Bernama
TUDM dapat bawa keluar 1,800 pelajar sehari
Popular Posts
Blog Archive
-
▼
2011
(32)
-
▼
February
(31)
- PRK Merlimau-Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Ba...
- DUN Sarawak tidak akan dibubarkan minggu ini - Taib
- PKR Wajib Sedar Diri
- AIDC TELANJANGKAN ANWAR LAGI
- MB Khalid salahguna dana negeri untuk kepentingan ...
- Takziah!!! Adun BN Kerdau Meninggal Dunia
- Rahimi Penyebab Anwar Nak Lari
- Anwar Ibrahim nak lari keluar negara (video)
- Lagi 100 Ahli PKR Merbok Keluar Parti
- Presiden Anwar.Azmin jadi PM !!???
- Jangan dinafi usaha murni kerajaan
- Penjelasan - Anwar Ibrahim Simpan 'Jambu' Dalam Pe...
- Pendedahan Ummi Yang Menggemparkan!!
- Apa itu Valentine's Day?
- PKR Di Jangka Bakal Berkubur Seperti Semangat 46 –...
- Akhirnya Khalid Tunduk Juga Pada Khusrin
- Kamalanathan Malukan Budak Suruhan Anwar
- 10 Pemimpin DAP - Tawau keluar parti
- Parti Kencing Rakyat @ Parti Kian Rapuh @ Parti Ko...
- K'jaan S'gor akan bantu YB Shuhaimi
- MAS dibenar terbangkan pelajar hingga Isnin
- Pelajar: Harga melambung, makananan kurang di Mesir
- Demonstrasi anti-Mubarak: Polis tembak meriam air
- Pelajar M'sia mula dihantar pulang dari Jeddah
- PAS, PKR 'biadap' berdemonstrasi waktu cuti CNY
- TUDM dapat bawa keluar 1,800 pelajar sehari
- Di Jeli Ada Babi Hutan Serang Wanita Warga Tua
- Rakyat Akan Mengubahnya Jika kau tidak Mahu Berubah
- Related Posts Selain LinkWithin
- Hukuman penjara bagi Ariel tidak cukup
- Bergambar seksi untuk akhbar!!!
-
▼
February
(31)